suria

Rebut Tiket & Hadiah Dalam Peraduan 'Independence Day: Resurgence'

KEPADA pembaca dan kaki wayang, mStar Online sekali lagi menyediakan ruang untuk anda mendapat hadiah dan sepasang tiket percuma menonton filem terbaharu iaitu Independence Day: Resurgence.

Ia sebagai menghargai sumbangan pembaca yang sentiasa menjadikan mStar Online sebagai pilihan mendapatkan sumber-sumber berita.

Cara menyertai peraduan ini adalah dengan menjawab soalan mudah yang diberikan.

Jawapan yang lengkap bersama nama penuh anda, nombor telefon dan alamat e-mel hendaklah dihantar ke [email protected]

Peraduan ini bermula dari 9 Jun 2016 sehingga 15 Jun 2016.

Sinopsis

Independence Day: Resurgence yang bakal ditayangkan pada 23 Jun ini adalah sebuah filem aksi sains arahan Roland Emmerich dan ditulis oleh Emmerich dan Dean Devlin.

Filem ini adalah sekuel kepada Independence Day yang diterbitkan pada 1996.

Ia adalah karya epik yang menampilkan kisah mengenai kemusnahan global dalam skala yang tidak dapat digambarkan oleh pancaindera.


Antara hadiah yang bakal dimenangi pemenang.

Program pertahanan angkasa telah diwujudkan bagi meyelamatkan bumi daripada kuasa-kuasa makhluk asing dengan menempatkan pasukan tentera di ruang udara seperti di bulan dan beberapa planet lain.

Namun begitu, makhluk asing ini mempunyai teknologi dan kepakaran tinggi untuk menghantar isyarat-isyarat kepada batalion mereka yang lebih besar dalam usaha mengancam manusia dengan mesin graviti yang sangat kuat.

Filem ini dilakonkan oleh Liam Hemsworth, Jeff Goldblum, Bill Pullman dan ramai lagi.

Soalan

1. Sebutkan nama watak Liam Hemsworth dalam filem ini?
2. Pilih salah satu segmen pilihan anda dalam mStar Online – Hiburan, Sukan, Politik, Berita, Gaya Hidup.
3. Jelaskan kenapa anda layak menang peraduan ini

Hadiah

Tempat pertama

Moon Tug mini
Beg galas
Cermin mata hitam
Pemacu USB
Dua tiket wayang

Tempat kedua

Beg galas
Cermin mata hitam
Baju T
Pelapik botol
Dua tiket wayang

Tempat ketiga

Baju T
Pelapik botol
Dua tiket wayang

17 pemenang sagu hati

Dua tiket wayang setiap pemenang


 

Artikel Lain