Janna Nick Azam Tidak Mahu Bercinta - Hiburan | mStar

Janna Nick Azam Tidak Mahu Bercinta

Janna Nick mahu jadi penghibur.
PETALING JAYA: Pelakon Janna Nick memberitahu mempunyai prinsip untuk tidak akan mempunyai sebarang hubungan cinta dengan mana-mana lelaki pada usia yang masih muda dan tidak bersedia.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 21, berkata, dia tidak mahu hubungan cinta hanya akan menjejaskan komitmen terhadap kerjaya yang baharu dibina dalam industri.

"Saya tidak ada kekasih sejak sekolah lagi, memang setiap tahun saya berazam tidak mahu bercinta kerana malas hendak fikir tentang hati orang lain.

"Saya tidak mahu jadi seperti remaja perempuan seumur saya yang kelam kabut mahu bercinta dan sibuk dengan kekasih. Lebih baik ketika muda ini kita fokus bekerja," ujarnya kepada mStar Online.

Janna berkata demikian ketika ditanya pendapatnya tentang cinta dan pasangan kekasih.

Tambah Janna, dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni lain yang baharu diceburinya iaitu bidang nyanyian.

Dalam pada itu, ditanya tentang bidang nyanyian, Janna yang baharu melancarkan single berjudul Mungkin Saja ini menganggap ia sebagai salah satu jalan untuk menjadi seorang penghibur.

"Orang ramai yang bertanya kenapa saya mahu menyanyi, bagi saya umur saya muda lagi dan saya ada banyak masa untuk cuba pelbagai bidang dalam industri.

"Saya juga nak tahu bidang yang mana lebih dekat dengan diri saya. Kalau boleh saya mahu jadi seorang penghibur yang serba boleh," ujarnya.

Bercakap tentang lagu ciptaan Kunci Demak itu, Janna berkata, ia merupakan sebuah lagu ringan dan tidak menguji kemampuan vokalnya.

Katanya, lagu tersebut juga hanya sebagai pengenalan diri kepada bidang nyanyian.

"Saya tidak layak lagi nak bercakap tentang nyanyian, lagu pertama saya ini genre pop dan mudah untuk didengar dalam waktu santai.

"Untuk menyanyi saya ada ambil kelas vokal untuk mengetahui cara menyanyi dengan betul tapi lagu saya ini tidak terlalu menguji kemampuan vokal," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang kerjaya lakonan, kata Janna, dia bakal memulakan penggambaran untuk filem pertamanya berjudul Kimchi Untuk Awak bersama beberapa pelakon popular tanah air.


 

Janna Nick , Mungkin Saja

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain