Soal Kahwin Bukan Keutamaan - Haleeda - Hiburan | mStar

Soal Kahwin Bukan Keutamaan - Haleeda

Haleeda memberitahu perkahwinan bukan keutamaan buatnya selepas dua kali mengalami kegagalan rumah tangga.

PETALING JAYA: Bekas peserta program Gegar Vaganza musim pertama, Haleeda menjelaskan soal perkahwinan tidak lagi menjadi keutamaannya selepas dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

Haleeda atau nama sebenarnya Halida Mazlin Badaruddin, 43, berkata, buat masa ini dia selesa dengan kehidupan solo selain memberi fokus kepada anak dan karier nyanyiannya.

"Saya masih lagi solo dan selesa dengan keadaan sekarang kerana bagi saya soal kahwin bukan keutamaan.

"Sekarang pun saya sibuk dengan undangan nyanyian selain banyak menghabiskan masa untuk diri sendiri dan keluarga," katanya.

Sebelum ini, Haleeda mengakui berkahwin dengan lelaki dikenali sebagai Mr S pada 2010 namun mendedahkan telah bercerai tiga tahun kemudian.

Terdahulu, penyanyi lagu Setia Kasih ini pernah berkahwin dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Azman Adnan dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Amirah Amani Azman, 22 tahun.

Dalam pada itu, Haleeda bagaimanapun berkata, itu tidak bererti dia sudah serik untuk berkahwin sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada jodoh.

"Apabila saya kata kahwin bukan keutamaan tidak bererti saya sudah tutup hati untuk lelaki tetapi itu semua terletak kepada jodoh. Jika ada saya terima," katanya.

Dalam perkembangan lain, Haleeda berkata, karier nyanyiannya semakin berkembang selepas menyertai program Gegar Vaganza musim pertama dua tahun lalu.

Malah katanya, undangan nyanyian semakin banyak dan menganggap ia sebagai rezeki untuknya dan keluarga.


Haleeda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain