Penyanyi Asfan Mengaku Ditumbuk Aktor Bil Azali Di KLIA - Hiburan | mStar

Penyanyi Asfan Mengaku Ditumbuk Aktor Bil Azali Di KLIA

Asfan Shah
PETALING JAYA: Penyanyi Asfan telah mengesahkan dipukul pelakon Bil Azali ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 31, sedang menunggu isterinya yang juga kakak kepada Bil dan anak-anaknya pulang bercuti dari Perancis di balai ketibaan di lapangan terbang berkenaan.

"Benar, saya dipukul ketika menunggu isteri di balai ketibaan KLIA.

"Bagaimanapun saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Bil Azali

Pada Sabtu lalu, Bil, 23, dikatakan telah menumbuk Asfan yang juga abang iparnya itu beberapa kali di bahagian muka dan badan.

Kejadian tersebut menimbul kekecohan sehingga kedua-dua selebriti berkenaan dikerumuni orang ramai.

Menurut sumber, pergaduhan itu tercetus gara-gara Bil berasa tidak berpuas hati terhadap Asfan yang dianggap tidak menjaga isterinya dengan baik.

Bagaimanapun, tiada siapa yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Difahamkan ibu Bil turut berada di tempat kejadian.

Sementara itu ditanya adakah Asfan akan mengambil tindakan terhadap aktor berkenaan, dia masih belum memikirkan untuk berbuat demikian.

"Saya tidak pasti nak buat laporan polis atau tidak. Tengok dahulu situasinya bagaimana.

"Biar saya selesaikan beberapa urusan penting dahulu," ujar Asfan yang popular dengan lagu Alasan Untuk Bahagia.

Sementara itu Bil yang popular menerusi drama Cinta Jangan Pergi juga mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut berhubung kejadian yang berlaku.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

"Saya tidak boleh beri komen kepada umum kerana ini adalah masalah dalaman keluarga dan peribadi.

"Untuk ulas lebih lanjut saya rasa tak perlu. Saya pun jaga periuk nasi dia, jadi saya tak mahu apa yang berlaku ini akan memalukan dia sendiri," jelasnya.

Bil Azali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain