Kontroversi Bersilih Ganti Bukan Pentanda Zizan Razak Sudah Jatuh - Hiburan | mStar

Kontroversi Bersilih Ganti Bukan Pentanda Zizan Razak Sudah Jatuh

Zizan Razak
PETALING JAYA: Pelawak Zizan menyifatkan kontroversi terhadapnya yang muncul silih berganti baru-baru ini bukanlah petanda popularitinya mula jatuh seperti yang diperkatakan beberapa pihak.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 31, berkata, istilah zaman kejatuhan tidak boleh digunakan kerana ia merupakan ketentuan takdir Tuhan terhadap manusia.

"Kita tidak boleh kata seseorang itu sedang berdepan dengan zaman kejatuhan kerana jatuh bangun seseorang itu adalah ketentuan Allah.

"Saya pun tidak boleh bercakap adakah saya melalui fasa kejatuhan atau tidak kerana semua itu adalah rezeki. Dan Alhamdulillah, sehingga kini tawaran kerja masih lagi ada," katanya kepada mStar Online.

Kontroversi Zizan mula tercetus selepas hubungan cintanya dengan aktres Emma Maembong terputus gara-gara kehadiran pihak ketiga pada hujung tahun lalu.

Pelawak itu kemudiannya dituduh sebagai individu yang menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita.

Belum surut tuduhan itu, Zizan dikatakan telah melanggan pelacur ketika berada di Indonesia dan kerana kontroversi yang tercetus tanpa henti, difahamkan stesen televisyen Astro telah merehatkan Zizan daripada muncul dalam mana-mana program stesen televisisyen berkenaan sementara waktu.

Bagaimanapun Zizan kini sedang terlibat sebagai juri tetap program Ceria Popstar menerusi siaran  Astro Ceria (saluran 611) dan Maya HD (saluran 135).

Sementara itu  Zizan memberitahu, dia enggan kontroversi yang terpalit itu dikenangkan sebaliknya mahu memberi fokus terhadap kerjaya seni.

"Benda yang lepas biarlah ia berlalu. Saya anggap ia sebahagian dugaan yang perlu dilalui.

"Yang penting saya perlu lalui dugaan-dugaan ini dengan tenang dan pada masa sama fokus terhadap kerja. Saya terima saja sama.orang.luar di sana suka saya atau tidak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan akan terlibat dengan penggambaran super telefilem berjudul Strawberi Karipap untuk siaran Astro.
Zizan Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain