suria

Syarikat Rakaman Universal Ambil Alih EMI

Sandy Monteiro (dua dari kanan), Mujahid Wahab (kanan) bersama para artis dan tetamu yang hadir pada majlis sambutan 50 tahun EMI dan gabungan syarikat itu bersama Universal Music Malaysia.
KUALA LUMPUR: Syarikat rakaman antarabangsa EMI Music (EMI) yang hampir terkubur beberapa tahun lalu telah diselamatkan dan dambil alih oleh Universal Music.

Presiden Kumpulan Universal Music Asia Tenggara, Sandy Monteiro berkata gabungan ini merupakan satu langkah untuk membangunkan semula nama syarikat tersebut.

“EMI merupakan sebuah syarikat rakaman terbesar di Malaysia dan sebagai wakil Universal Music, kami berasa terpanggil untuk menyembuhkan nama baik syarikat rakaman ini.

“Sebagai pecinta muzik, saya rasa ini adalah peluang untuk membangunkan semula EMI yang popular suatu ketika dulu,” katanya ketika sambutan ulangtahun EMI yang ke-50 di Saloma Bistro pada Isnin.

Ketua Pengurusan Domsetik EMI, Mujahid Abd Wahab pula berkata kecangihan teknologi moden seperti internet sedikit sebanyak menjejaskan penjualan album EMI sebelum ini.

Tambah Mujahid, tindakan Universal Music mengambil alih syarikat rakaman EMI memberikan jalan untuk mereka meluaskan lagi industri muzik tanah air.

“Industri muzik sekarang tidak sama seperti dulu kerana dunia sudah berubah dimana hanya menggunakan laman sesawang YouTube, sesetengah individu boleh menjadi artis.

“Saya amat berbesar hati kerana akhirnya kami dapat memulakan langkah baru untuk mengembangkan industri domestik Malaysia,” katanya.

EMI yang mula bertapak pada 1966 akan beroperasi sebagai jenama domestik di bawah syarikat Universal Music Sdn Bhd (UMSB).

 

EMI, Universal Music

Artikel Lain