Aiman Hakim & Nur Fathia Tangguh Kahwin Kerana Halangan Kontrak Iklan - Hiburan | mStar

Aiman Hakim & Nur Fathia Tangguh Kahwin Kerana Halangan Kontrak Iklan

Aiman mahu peminat doakan terbaik untuk hubungan mereka.
PETALING JAYA: Pelakon Aiman Hakim memberitahu salah satu punca dia dan kekasihnya pelakon Nur Fathia Latiff, 27, belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat adalah disebabkan terikat dengan kontrak iklan.

Aiman atau nama sebanarnya Aiman Hakim Ridza, 25, berkata, mereka berdua masih dalam kontrak produk iklan yang memerlukan status tersebut (solo) dikekalkan dalam tempoh masa tertentu.

"Kami tiada masalah lain kerana keluarga kami sudah kenal masing-masing cuma masalah jadual kerja yang padat dan masih dalam kontrak iklan.

"Saya ada kontrak dengan Garnier selama lima tahun dan Fathia pula terikat dengan produk kosmetik Avon. Bukan tidak boleh kahwin tetapi perlu beritahu awal-awal kerana mereka perlu tukar branding iklan tersebut," ujarnya kepada mStar Online.

Hubungan cinta Fathia dan Aiman kembali bertaut. 


Aiman berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan percintaannya dengan pelakon Fathia yang dilaporkan putus Februari lalu sudah bersambung semula.

Sementara itu, ditanya mendalam tentang hubungan yang pernah terputus itu, Aiman berkata, ia adalah asam garam setiap hubungan percintaan.

"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan percintaan sudah tentu ada naik dan turunnya. Sekarang hubungan kami semakin baik dan saya harap semua doakan yang terbaik sahaja.

"Saya tidak mahu ulas perkara ini dan mahu terus fikir ke hadapan sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Aiman berkata, dia kini bersikap terbuka dalam bercerita tentang hubungan percintaan tersebut berikutan ai adalah sesuatu perkara positif.

Katanya, pengalaman beberapa tahun dalam industri hiburan membuatkan dirinya semakin matang untuk berhadapan dengan isu dan kontroversi.

Aiman Hakim , Nur Fathia Latiff

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain