suria

Melancong Bersama Saiful Apek, Yazid (Search), Nadia (AF6)

Dari kiri: Yazid (search), Nadia (AF6), Saiful Apek dan Nur JM.

KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) memberi peluang kepada peminat-peminat untuk melancong bersama artis kesayangan masing-masing iaitu Saiful Apek, Yazid (Search), Nadia (AF 6) dan selebriti Facebook dari Singapura Nur J M.

Pengurus Karyawan, Ahmad Abdullah berkata, projek kerjasama dengan agensi pelancongan SJ Destinations adalah usaha Karyawan dalam memberi penghargaan kepada artis lama dan baharu untuk bermesra bersama peminat mereka.

"Objektif persatuan Karyawan adalah untuk membuka peluang kepada ahli masyarakat agar lebih dekat dengan komuniti seni serta ruang rehat kepada artis.

"Kita memilih artis yang bersesuaian dari era 80an hingga terkini. Kita beri peluang abang Yazid untuk bercuti tenangkan fikiran selepas penat berehat di rumah sahaja," ujarnya kepada
mStar Online.

Ahmad Abdullah berkata demikian pada sidang media program melancong bersama selebriti yang diadakan di Hotel Seri Pacific, di sini, Selasa.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Presiden Karyawan Radhi Khalid, Pengarah SJ Destinations, M. Fairuz Isa serta artis yang terlibat.

Walaupun uzur namun Yazid tetap aktif mengikuti perkembangan dunia seni.

Tambah Ahmad, dua pakej perlancongan dalam negara iaitu negeri Johor dan Sarawak menjadi destinasi yang akan diterokai oleh kesemua artis tersebut.

"Pihak SJ Destinations telah memilih untuk menerokai negeri Johor selama tiga hari dua malam iaitu pada 14 Mac hingga 16 Mac depan.

"Manakala, di Sarawak selama dua hari semalam iaitu 20 Mac hingga 22 Mac depan," ujarnya.

Tambahnya, pakej pelancongan tersebut diberi dengan harga ekonomi serendah RM1,539 bagi Johor, manakala RM1,399 bagi lakosi Sarawak.

Sementara itu, ahli kumpulan Search, Yazid berkata, ia adalah peluang kepadanya untuk bertemu peminat selain peluang baginya untuk menikmati percutian sambil berehat menenangkan fikiran.

"Alhamdulillah tawaran ini datang tepat pada masanya, selama ini saya asyik habiskan masa berehat di rumah sahaja dan kali ini saya dapat bercuti sambil berehat di tempat menarik pula.

"Selain itu, dapat juga saya mengajak peminat-peminat yang sering bertanya tentang saya untuk sertai percutian ini bersama-sama," ujarnya.

Tawaran ini juga terbuka kepada rakyat Singapura.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor 07-3313106

 

Karyawan, Yazid (Search), Saiful Apek

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain