suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sam (Bunkface) Bertunang Dengan Penerbit TV3

Sam, vokalis Bunkface

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom mengaku telah mengikat tali pertunangan dengan Aida Azira Hussin, seorang penerbit rancangan di TV3.

Sam, 27, berkata majlis pertunangan itu berlangsung secara sederhana di kediaman wanita itu di Masjid Tanah, Melaka pada 6 Oktober lalu.

"Kami sudah selamat bertunang sebulan lalu manakala majlis itu dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

"Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan," ujarnya kepada mStar Online.

Sam bersama tunangnya, Aida Azira.

Sam ditemui pada majlis sidang media pelancaran muzik video Malam Ini Kita Punya di pejabat Sony Music Malaysia, Publika di sini, Selasa.

Sam dan Aida, 27, telah berkenalan selama empat tahun sebelum mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih dua tahun lalu.

Jelas Sam, pengakuan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan khabar angin yang tidak tepat mengenai hubungan mereka.

"Saya mendedahkan perkara ini adalah bagi menjelaskan status hubungan kami yang selama ini menjadi tanda tanya.

"Kesian juga dekat Aida yang terpaksa menjawab pertanyaan banyak pihak," katanya.
Sam (Bunkface)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain