suria

Skaf Rekaan Elfira Loy Dapat Sambutan

Elfira cuba bidang perniagaan.
PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy tidak menyangka skaf rekaannya yang diberi nama Twinkle by Elfira mendapat sambutan yang mengalakkan daripada golongan dewasa.

Elfira, 20, berkata, pada asalnya rekaan corak istimewa hasil lukisan tangannya pada skaf itu lebih disasarkan kepada golongan remaja seusianya sahaja.

"Saya mensasarkan golongan remaja sahaja tetapi tidak sangka pula pelanggan saya ramai daripada golongan dewasa iaitu wanita yang mempunyai anak-anak dan berusia 40-an, kebanyakkan mereka adalah dari Singapura dan Brunei.

"Mungkin mereka lihat corak rekaan saya berbeza dan lebih menonjol daripada skaf yang biasa dijual di pasaran, namun untuk keluaran akan datang saya akan reka yang bersesuaian dengan golongan ini," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, ditanya adakan dia terikut-ikut dengan trend perniagaan artis, Elfira berkata, produknya mempunyai kelainan tersendiri.

Bagaimanapun, Elfira hanya bertanggungjawab membuat rekaan corak pada skaf tersebut manakala hal pengurusan perniagaan dikendalikan oleh rakan niaganya.

"Saya tidak jual baju macam kebanyakan artis, sebaliknya saya jual skaf atau selendang yang saya reka sendiri coraknya. Saya hanya melukis sahaja, manakala hal mewarna dan pengurusan lain diuruskan oleh rakan kongsi," katanya.

Dalam pada itu, Elfira berkata, dia mendapat ilham tersebut ketika bercuti ke Thailand bersama beberapa orang rakan dan mendapati bisnes tersebut begitu mendapat sambutan.

Katanya, dia ingin menjadi pencetus fesyen skaf dan selendang di Malaysia.

"Saya lihat skaf sudah menjadi aksesori wajib bagi remaja di Thailand sehingga saya terfikir kenapa ia tidak dibawa ke negara kita.

"Saya mahu memulakannya dan menjadi trendsetter kepada imej ini," ujarnya.
Elfira Loy

Artikel Sebelum

Artikel Lain