Kemunculan Semula Sheila Rusly Atas Permintaan TV3 - Hiburan | mStar

Kemunculan Semula Sheila Rusly Atas Permintaan TV3

Sheila Rusly
PETALING JAYA: Pelakon Sheila Rusly tidak mahu kemunculan semulanya dalam drama Ramadan Jangan Pergi dan Di Pintu Neraka dianggap sebagai ingin menguasai semua produk terbitan syarikat sendiri iaitu JS Pictures.

Sheila, 43, berkata, kemunculan semulanya dalam dua buah drama tersebut adalah bagi memenuhi permintaan yang dibuat oleh pihak stesen televisyen TV3 selepas dua tahun dia menyepi daripada dunia lakonan.

"Kemunculan saya dalam drama-drama pada Ramadan ini yang diterbitkan oleh JS Pictures adalah diminta oleh pihak stesen televisyen, selepas dua tahun saya tidak berlakon, mereka mahu saya ada dalam produk kami itu.

"Jangan salah anggap saya ingin kuasai semuanya, sebab sebelum ini ada saja suara sumbang yang berkata asal JS Pictures sahaja pasti muka saya sahaja yang berlakon," katanya kepada mStar Online.

Tambah Sheila, pada awalnya dia berfikir panjang untuk memenuhi permintaan pihak stesen tersebut berikutan komitmen yang tinggi dalam membantu suaminya iaitu Ringgo bekerja di belakang tabir.


Katanya, dia lebih selesa memberi peluang kepada muka baharu untuk membawakan watak-watak tersebut.

"Saya menimbangkan juga permintaan mereka (TV3) kerana saya banyak kerja di belakang tabir untuk dibuat, bagi saya lebih baik bagi muka baru yang lakonkan.

"Tapi saya akur kerana pihak stesen televisyen ada senarai artis yang mereka mahukan sebelum kita memulakan penggambaran, jadi terpaksa juga kita ikutkan permintaan mereka," katanya.

Sementara itu, Sheila berkata, kemunculannya hanyalah bagi memeriahkan dunia seni tanah air dan pengubat rindu untuk peminat-peminatnya.

Katanya, biarpun tidak aktif kelihatan muncul bersiaran dalam drama-drama tempatan, namun dia kini sibuk dengan kerja-kerja produksi di belakang tabir.

"Saya tidak merajuk dengan lakonan kerana dunia lakonan sudah sebati dengan jiwa saya keraan saya berlakon sejak berusia belasan tahun lagi.

"Saya tidak tinggalkan dunia seni ini sebaliknya sibuk dengan kerja-kerja terbitan sesebuah drama itu," ujarnya.

Drama bersiri Ramadan Jangan Pergi disiarkan di slot Samarinda pukul 10 malam, setiap Selasa hingga Khamis, manakala telefilem Di Pintu Neraka akan disiarkan pada slot Cerekarama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tomok Rancang Tambah Anak Kedua

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain