Tomok Rancang Tambah Anak Kedua - Hiburan | mStar

Tomok Rancang Tambah Anak Kedua

Tomok bersyukur perkahwinannya bersama isteri sudah memasuki tahun ketiga.
PETALING JAYA: Penyanyi Tomok bersama isterinya,  Rahayu Abbas (Ayu) bersedia untuk untuk mendapatkan anak kedua selepas anak sulung mereka kini berusia tiga tahun.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 30, berkata, sudah tiba masanya untuk dia menambah bilangan keluarga memandangkan anak sulungnya iaitu Arrianshah Akid semakin membesar.

"Insya-Allah saya dan isteri sudah bersedia untuk menambah bilangan keluarga kami dengan anak kedua pula. Arrian pun dah besar dan rasanya dia juga memerlukan seorang adik.

"Cuma sehingga kini kami belum ada rezeki lagi. Saya percaya dengan penambahan ahli keluarga pasti akan sempurnakan hidup kami," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Tomok meluahkan rasa syukur apabila pada Selasa (semalam) merupakan sambutan ulang tahun perkahwinannya dengan Ayu yang ketiga.


Foto Tomok bersama isteri dan anaknya ketika bercuti di London baru-baru ini.

Katanya, walaupun sudah lapan tahun bercinta dan kemudiannya tiga tahun bersama mendirikan rumah tangga, Tomok menyifatkan dia dan isteri sudah saling memahami antara satu sama lain dan ia memudahkan lagi kehidupan mereka sebagai pasangan suami-isteri.

"Alhamdulillah, perjalanan kami sebagai suami isteri sangat lancar. Tetapi diakui ada juga pasang surutnya dan itu adalah benda normal dalam mana-mana perhubungan sekali pun.

"Kami pun sudah memahami antara satu sama lain dan yang penting, kejujuran dan cara menyelesaikan masalah dengan matang mampu menguatkan lagi perhubungan.

"Bagaimanapun, kami belum membeli apa-apa hadiah. Mungkin selepas sambutan Aidilfitri nanti kami akan bercuti ke Legoland, Johor," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tomok bakal muncul dengan sebuah album terbaharu berjudul, Tomok Aku Datang dengan memuatkan sebanyak tujuh buah lagu yang akan dipasarkan tidak lama lagi.
Tomok

Artikel Sebelum

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?