suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Resepsi Perkahwinan Syamsul & Syafiq Meriah

Pelakon Syamsul Yusoff dan pasangannya,Puteri Sarah (kiri) bersama adiknya Syafiq Yusof dan pasangan, Aeishah Zainal (kanan)kelihatan ceria pada majlis resepsi perkahwinan mereka di Dewan Perdana Felda pada malam Jumaat. Foto Ihsan UTUSAN MALAYSIA.

KUALA LUMPUR: Majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan dua anak lelaki pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq  erlangsung dalam suasana cukup meriah di Dewan Perdana Felda di sini pada malam Jumaat.

Acara yang bermula pada pukul 8 malam itu menyaksikan hampir 1,000 tetamu memenuhi ruang dewan tersebut terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan artis.

Memilih konsep persandingan tradisional Melayu, Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana tampil dengan busana dari warna jingga muda manakala Syafiq dan pasangan, Aeisyah Zainal memilih rona perak.

Kedua-dua pasangan pengantin berarak masuk ke dalam dewan utama diringi ahli keluarga terdekat untuk bersanding di pelamin utama.

Yusof mencium anaknya, Syamsul selepas menepung tawar pasangan pengantin.

Ahli keluarga pihak pengantin lelaki juga tampil dengan gaya sedondon apabila memilih pakaian berwarna putih sebagai tema mereka sekeluarga.

Sepanjang berlangsungnya majlis yang dikendalikan oleh Datuk AC Mizal dan Serina Redzuwan itu, pasangan pengantin dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal seperti Hail Amir, Uji Rashid, Ziana Zain dan Mawi.

Terdahulu, Syamsul, 30, dan Puteri Sarah, 29, sah bergelar suami-isteri pada 9 Mac lalu selepas diijabkabulkan di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara, dekat sini.


Manakala Syafiq, 22 dan Aeisyah, 21, disatukan pada 5 April lalu dalam satu majlis yang diadakan di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Artikel Sebelum

Artikel Lain