suria

Beyonce Tunaikan Hasrat Terakhir Peminat

Beyonce menyanyi bersama peminat setianya yang menghidap penyakit kronik.
Beyonce menyanyi bersama peminat setianya yang menghidap penyakit kronik.
Beyonce menyanyi bersama peminat setianya yang menghidap penyakit kronik.

PENYANYI Beyonce Knowles telah menunaikan hasrat seorang peminatnya yang menghidapi penyakit kronik semasa mengadakan persembahan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Majalah People melaporkan Beyonce telah menjemput Taylon ke atas pentas untuk mengadakan persembahan bersama-samanya yang menjadi impian gadis tersebut.

Mereka berdua menyampaikan lagu popular Beyonce bersama kumpulan Destiny Child's iaitu Survivor sehingga menyentuh perasaan semua penonton yang membanjiri konsert itu.

Penyanyi itu baharu sahaja melancarkan albumnya berjudul Beyonce dan ia telah mencipta sejarah apabila menjadi album paling laris jualannya dalam masa sehari secara digital iaitu sebanyak 617, 213 unit di iTunes.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain