suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik Paris Hilton Dibelasah, Lindsay Lohan Dituduh Terlibat

Lindsay menafikan dia terlibat dalam kes memukul adik kepada Paris Hilton.
Lindsay menafikan dia terlibat dalam kes memukul adik kepada Paris Hilton.
Lindsay menafikan dia terlibat dalam kes memukul adik kepada Paris Hilton.

PELAKON bermasalah Lindsay Lohan sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dituduh bersubahat memukul adik kepada Paris Hilton iaitu Barron Hilton sehingga lelaki itu mengalami kecederaan teruk.

Daily Mail melaporkan Lindsay tidak mengaku terlibat dalam kejadian tersebut namun sumber memberitahu melihat dia berada di tempat kejadian dalam keadaan mabuk dan di bawah pengaruh dadah.

Malah portal TMZ mendedahkan gambar-gambar bukti yang menunjukkan Lindsay berada di rumah tersebut bersama kekasihnya dan beberapa rakan lain.

Bagaimanapun masih belum ada bukti kukuh terhadap dakwaan tersebut dan Paris memberitahu akan menyiasat perkara tersebut dan tidak akan melepaskan pesalah yang membelasah adik kesayangannya.

Kejadian didakwa berlaku apabila Lindsay tersinggung dengan kata-kata Barron yang menghina kekasihnya dan bintang filem Mean Girls itu meminta temannya, Ray Lemoine untuk memukul lelaki itu.

Gara-gara kejadian itu Barron mengugut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah dan turut memuat naik foto wajahnya yang bengkak dan penuh luka akibat dibelasah untuk dijadikan bahan bukti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain