suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Heidi Klum Berhenti Jadi Model Pakaian Dalam

Heidi Klum
Heidi Klum
Heidi Klum

SEPERTI yang diketahui umum, Heidi Klum merupakan antara model popular pakaian dalam jenama Victoria Secret.

Bagaimanapun, menurut laporan Dailymail, Heidi membuat keputusan untuk tidak lagi memperagakan sebarang jenama pakaian kerana merasakan ia tidak sesuai dengan usianya yang sudah pun berumur 40 tahun.

"Saya tidak akan menjadi model dan berjalan dengan hanya memakai pakaian dalam lagi. Saya sudah mula rasa kurang selesa," katanya.

Bagaimanapun katanya, ini tidak bermakna dia berhenti sebagai model sepenuhnya kerana masih lagi akan menerima tawaran memperagakan fesyen pakaian untuk majalah dan iklan.

Dalam perkembangan lain, Heidi yang terlibat dalam program Germany's Next Top Model dan Project Runaway kini sedang dalam persiapan muncul dengan jenama pakaian kanak-kanak milik sendiri iaitu Barbies R Us.

Artikel Lain