suria

OMG Juara Liga Lawak Superstar Musim Pertama

Kumpulan OMG yang dianggotai oleh Anas, Sathia dan Akim Ahmad berjaya bergelar juara progam Liga Lawak Superstar sekaligus menggondol hadiah wang tunai sebanyak RM250,000. Foto Ihsan TV3.
Kumpulan OMG yang dianggotai oleh Anas, Sathia dan Akim Ahmad berjaya bergelar juara progam Liga Lawak Superstar sekaligus menggondol hadiah wang tunai sebanyak RM250,000. Foto Ihsan TV3.
Kumpulan OMG yang dianggotai oleh Anas, Sathia dan Akim Ahmad berjaya bergelar juara progam Liga Lawak Superstar sekaligus menggondol hadiah wang tunai sebanyak RM250,000. Foto Ihsan TV3.

AMPANG: Kumpulan OMG telah dinobatkan sebagai juara program Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama yang diadakan di Studio Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada malam Ahad.

Kumpulan yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan itu berjaya mendapat markah sebanyak 70 peratus sekali gus menumpaskan kumpulan Apa Kasih Toq yang hanya mendapat dengan 58 peratus.

Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Syafiq Kyle.

Juara menerima hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 manakala naib juara membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000.

Bagi pusingan akhir Liga Lawak Superstar musim pertama ini, kumpulan OMG dan Apa Kasih Toq dikehendaki melaksanakan tiga permainan iaitu Mengecut, Peniru Besar dan Penyanyi Berkepala Tiga.

Manakala untuk peringkat akhir kedua-dua kumpulan diberikan dua permainan baharu iaitu Awal & Akhir dan Karaoke Uncle.

Dalam pada itu, Sathia ketika ditemui berkata, mereka bersyukur telah dipilih sebagai pemenang dan mengakui bukan mudah untuk melunaskan semua tugasan diberikan.

"Saya sangat berterima kasih kepada Anas dan Akim kerana walaupun mereka bukan daripada bidang komedi tetapi tetap mampu melunaskan semua tugasan yang diberikan," katanya.

Pada pusingan separuh akhir kedua minggu lalu, kumpulan Aku Diandra (Ilya, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar) telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak RM50,000.

Manakala kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan dan Idzham Ismail) diumumkan sebagai pemenang tempat keempat sekali gus membawa pulang wang tunai RM25,000.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya amat teruja dengan sambutan diberikan oleh penonton terhadap LLS sehingga ia menjadi fenomena di kalangan penonton.

Jelas Ahmad Izham, dua kumpulan yang terpilih ke peringkat akhir telah memberikan persembahan paling kreatif dan menyerlah sepanjang tiga bulan bertanding.

"Mereka mampu menguasai pentas dengan bersahaja dan tidak berasa kekok untuk menjayakan setiap permainan diberikan.

"Program ini telah membuktikan bakat dan kreativiti setiap peserta bukan hanya terikat dengan watak mengikut skrip malah mampu menghiburkan para peminat," katanya.

Pemenang dipilih berdasarkan tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus juri awam di studio.

Liga Lawak Superstar dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Nor manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli bertindak sebagai juri profesional.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain