suria

Putus tunang, Liam Hemsworth Keluar Rumah

Miley Cyrus
Miley Cyrus
Miley Cyrus

SELEPAS mengumumkan perpisahan pada Isnin lalu, Liam Hemsworth juga secara rasminya sudah keluar dari kediaman yang pernah diduduki bersama di Lake, California.

Menurut laporan Showbizspy, bintang filem Hunger Games itu memindahkan barang-barangnya ketika Miley berada di Eropah mempromosika albumnya dan difahamkan Liam kini menetap di West Hollywood.

Salah satu sumber mengatakan bahawa pasangan itu sebenarnya telah berpisah sejak Jun lalu, cuma Miley tidak membuat sebarang pengumuman lagi kerana mengharapkan agar hubungan mereka dapat dipulihkan.

"Sejak Jun lalu, Liam memohon agar Miley segera mengumumkan perpisahan mereka tetapi Miley enggan berbuat demikian," kata sumber

Desas desus perpisahan mereka sudah lama terdengar sejak akhir tahun 2012 lagu namun mereka menafikannya dan pernah muncul bersama di sebuah acara karpet merah pada Ogos lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain