suria

Oprah Winfrey Mengaku Pernah Hisap Dadah

Oprah mengakui pernah mengambil dadah jenis marijuana.
Oprah mengakui pernah mengambil dadah jenis marijuana.
Oprah mengakui pernah mengambil dadah jenis marijuana.

PENGACARA terkenal, Oprah Winfrey mengakui beliau pernah menghisap dadah jenis marijuana pada tahun 1982 semasa ditemubual oleh Andy Cohen dalam program Watch What Happens Live baru-baru ini.

New York Daily News melaporkan, Oprah membuat pengakuan itu selepas menjawab pertanyaan Andy dalam segmen Plead the Fith yang mana wanita berkenaan perlu menjawab soalan dengan jujur tentang dirinya.

Andy turut berjenaka tentang jawapan Oprah itu dengan mengajak selebriti terkenal itu menghisap dadah selepas rancangan itu berakhir.

Oprah muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan filem pertama lakonannya selepas 15 tahun iaitu The Butler arahan Lee Daniels.

Selain Oprah filem yang ditayangkan pada 16 Ogos di Amerika Syarikat itu turut dibintangi oleh Forest Whitaker, Cuba Gooding Jr., David Oyelowo, Lenny Kravitz dan Mariah Carey.

Artikel Berikut

Artikel Lain