suria

Awi Rafael Enggan Cari Pengganti Selepas Putus Cinta

Awi mahu tumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian buat masa ini.
Awi mahu tumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian buat masa ini.
Awi mahu tumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian buat masa ini.

PETALING JAYA: Penyanyi Awi Rafael mengakui fokusnya kini bukan kepada hal peribadi dan tidak terfikir untuk mencari pengganti selepas putus cinta dengan pelakon Hanez Suraya.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 27, berkata, dia enggan menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita buat masa ini kerana belum bersedia untuk mempunyai komitmen.

"Tidak adil untuk saya serius dengan mana-mana wanita buat masa ini kerana fokus saya tidak ke arah itu sebaliknya hanya kepada kerjaya muzik saya," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Awi berkata, dia berharap selepas ini dia tidak lagi dikenali kerana cerita-cerita kontroversi sebaliknya tentang perjalanan kariernya.

Jelas Awi, walaupun kontroversi mampu menaikkan namanya sebagai penyanyi namun dia merasakan sudah menerima terlalu banyak pendedahan tentang kehidupan peribadi.

"Saya tidak pernah menyangka akan terlibat dalam pelbagai kontroversi namun saya bersyukur kerana ia juga memperkenalkan saya kepada peminat.

"Bagaimanapun rasanya sudah terlalu banyak cerita yang keluar tentang saya dan harap-harap selepas ini hanya cerita mengenai kerjaya yang diberi perhatian," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Awi sedang merancang untuk menembusi pasaran Indonesia selain bakal menerbitkan album terbaharu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain