Tiz Zaqyah Sukar Beraya Kerana Haiwan Peliharaan - Hiburan | mStar

Tiz Zaqyah Sukar Beraya Kerana Haiwan Peliharaan

Tiz Zaqyah
Tiz Zaqyah

KUALA LUMPUR: Pelakon Tiz Zaqyah mengakui sukar untuk balik beraya ke kampung halaman di Negeri Sembilan dalam tempoh yang lama berikutan mempunyai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaannya.

Tiz, 25, berkata, dia memelihara 20 ekor kucing dan dua ekor tupai "Sugar Glider" yang menjadi penyebab jadual cuti perayaannya dipendekkan kerana tiada pihak yang mahu menjaga haiwan itu.

"Saya tidak boleh balik beraya lama, biasanya kami balik beraya sehari sahaja kerana kucing-kucing di rumah tiada siapa yang jaga.

"Saya tidak percaya rumah penjagaan haiwan kerana kes-kes penderaan yang berlaku terhadap haiwan yang ditinggalkan di bawah jagaan orang lain," katanya.

Jelas Tiz, tanggungjawab tersebut tidak pernah membuatkannya rasa terbeban malah gembira melihat kucing-kucing tersebut membesar depan matanya.

“Saya sekeluarga pencinta kucing, mula-mula saya bela dua ekor sehingga sekarang membiak jadi 20 ekor.

"Saya suka melihat kucing-kucing ini membesar dengan hasil jagaan sendiri," katanya.

Dia juga berkata disebabkan itu dia terpaksa melupakan hasrat untuk bercuti ke luar negara dalam tempoh lama.

Sementara itu, bercerita tentang raya, Tiz berkata ia disambut secara sederhana.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain