suria

Deejay Suria FM Rakam Lagu Raya

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, stesen radio Suria FM tidak ketinggalan menghasilkan sebuah album berjudul Raya Suria.

Album yang dihasilkan dalam bentuk cakera padat (CD) dan video cakera padat (VCD) tersebut merupakan hasil kolaborasi bersama syarikat rakaman Life Records. Ia memuatkan sebanyak 14 buah lagu Hari Raya sepanjang zaman.

Menarik lagi, barisan penyampai radio Suria FM iaitu Halim Othman, Adibah Noor, Reza Mohamed, Seri Nazira, Linda Onn, Bob Ringgo, DJ Lin, Wan Ajaib dan Naim Tahak turut berpadu suara dengan sebuah lagu berjudul Aidilfitri.

Lagu nyanyian para penyampai Suria FM ini merupakan sebuah lagu raya tahun 70-an ciptaan Din Osman dan dinyanyikan oleh Fatimah Razak, M. Daud, Zalifah Ibrahin dan Salamiah Hassan.

Bagaimanapun lagu Aidilfitri ini, ia telah diberikan nafas baru dengan susunan muzik yang lebih segar dan proses rakaman dilakukan di Suria FM manakala penerbitan lagu pula dijalankan di Singapura.

Selain itu, terdapat juga VCD Karaoke menampilkan penyanyi asal lagu-lagu raya popular seperti S. Jibeng, Khairil Johari Johar, Rahimah Rahim, Black Dog Bone dan Hilal Chik.

Album Raya Suria berada di pasaran sejak 29 Julai lalu dengan harga RM25.90.

Artikel Lain