suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lea Michele Bersuara Selepas Kematian Cory Monteith

Cory dan Lea ketika menghadiri sebuah majlis pada awal 2013.
Cory dan Lea ketika menghadiri sebuah majlis pada awal 2013.
Cory dan Lea ketika menghadiri sebuah majlis pada awal 2013.

SELEPAS hampir tiga minggu kematian bintang drama Glee iaitu Cory Monteith, teman wanitanya Lea Michele mula berbicara menerusi laman Twitter.

Tweet pertama yang dimuat naik oleh Lea pada 29 Julai lalu apabila dia mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan dan doa sepanjang dia menempuh dugaan tersebut.

"Terima kasih kerana telah membantu saya untuk mengharungi saat sukar ini. Cory akan sentiasa berada di hati saya sampai bila-bila," katanya.

Selain itu, Lea turut memuat naik sekeping gambar kenangannya bersama Cory. Menerusi foto berkenaan mereka berpelukan mesra di sebuah pantai dan ia dirakamkan pada tahun lalu.

Cory ditemui mati di dalam bilik Hotel Fairmont Paciffic Rim pada 13 Julai lalu dan hasil pembedahan siasat mendapati mendiang meninggal akibat pengambilan heroin dan alkohol berlebihan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain