suria

Ozzy & Sharon Osbourne Dilaporkan Akan Bercerai

Sharon dan Ozzy telah hidup sebagai pasangan suami isteri selama 31 tahun.
Sharon dan Ozzy telah hidup sebagai pasangan suami isteri selama 31 tahun.
Sharon dan Ozzy telah hidup sebagai pasangan suami isteri selama 31 tahun.

PENYANYI Ozzy Osbourne dan isterinya, Sharon Osbourne dilaporkan telah tinggal berasingan sejak tiga minggu lalu selepas berkahwin selama 31 tahun.

Menurut laporan akhbar Mirror, pasangan itu juga dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan dan tiada usaha dilakukan untuk menyelesaikan masalah kewangan dihadapi mereka.

Pasangan itu juga telah berpindah keluar daripada kediaman mewah mereka di Beverly Hills, California yang akan dijual dan Sharon memilih untuk tinggal di hotel manakala suaminya menyewa sebuah rumah.

Sumber pasangan itu memberitahu, hutang yang mencecah jutaan dolar dan cukai tidak berbayar telah menimbulkan ketegangan dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun jurucakap kepada pasangan itu menafikan mereka akan bercerai.

Artikel Lain