suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Love Hewitt Mahu Insurankan Payudara

Jennifer Love Hewitt
Jennifer Love Hewitt
Jennifer Love Hewitt

AKTRES jelita Jennifer Love Hewitt cukup berbangga dengan payudara saiz besar yang dimilikinya dan mahu menginsuranskan asetnya itu.

Menurut laporan portal RadarOnline, Jennifer yang berusia 34 tahun itu menganggap payudaranya merupakan satu aset yang bernilai terutamanya dalam industri lakonan Hollywood.

"Rasanya saya perlukan caruman insurans untuk payudara saya. Ia bernilai $5 juta (RM15.5 juta). Ia sangat berharga," selorohnya.

Jennifer kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri The Client List musim kedua di mana dia berlakon dengan memegang watak pelacur.

Dalam pada itu, kata Jennifer, penampilan seksi yang sering ditampilkannya di televisyen bukanlah dirinya sebenar memandangkan dia hanya berpakaian biasa apabila berada di luar lensa kamera.

"Setiap kali beraksi di hadapan kamera, saya perlu mengenakan baju-baju yang mendedahkan dan seksi.

"Oleh itu apabila berada di luar penggambaran, tiada baju dalam yang comel atau pakaian yang seksi untuk dipakai. Saya lebih senang bergaya macam orang biasa," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia