suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elton John Tempah Bilik Hotel Untuk Simpan Cermin Mata

Elton John
Elton John
Elton John

ELTON John dikhabarkan telah menempah sebuah bilik di hotel Ouro Minas, Brazil, tetapi ia bukan untuk dia bermalam di situ.

Menurut laporan portal DigitalSpy, pelantun lagu Rocket Man ini, meminta pekerja hotel tersebut meletakkan suhu 16 darjah celsius hanya untuk menyimpan cermin matanya sahaja.

"Elton juga meminta agar beberapa bilik lain yang ditempahnya mempunyai suhu berbeza.

"Bukan itu sahaja, Elton turut mahu disediakan sebuah pasu besar berisi bunga mawar putih, empat botol jus kranberi, setengah botol susu segar, dua botol anggur ‘Pinot Grigio’, lapan botol kecil air mineral jenama Evian dan lima botol besar atau 12 botol kecil air jenama San Pellegrino," kata sumber.

Penyanyi kelahiran England itu dijadualkan bakal mengadakan persembahan di depan 6,000 penonton di stadium Minerrao, Brazil, Sabtu (hari ini).

Artikel Lain