Kontroversi Cinta Shila Amzah Dapat Sokongan Rakan Artis - Hiburan | mStar

Kontroversi Cinta Shila Amzah Dapat Sokongan Rakan Artis

Shila Amzah
Shila Amzah

PETALING JAYA: Rakan-rakan artis kepada penyanyi Shila Amzah memberi sokongan penuh kepada wanita itu agar tabah menghadapi kontroversi berhubung kisah cintanya dengan aktor Sharnaaz Ahmad yang tidak mendapat restu keluarga.

Kebanyakan mereka berharap agar Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, kuat dalam menempuh fasa kehidupan baru selepas Sharnaaz membuat kenyataan mahu melupakan terus Shila dalam hidupnya.

Luahan itu disampaikan menerusi Twitter milik Shila pada Rabu selepas penyanyi lagu Patah Seribu itu dilihat kembali aktif berhubung dengan peminatnya menerusi laman sosial berkenaan selepas dikatakan menghilangkan diri sebelum ini.

“Kami harap, ‘hanpa’ (kamu) tabah... Sama macam kami,” ujar pelakon Almy Nadia yang juga terkejut apabila kekasihnya Fizz Fairuz tiba-tiba bertunang dengan orang lain secara senyap.

Penyanyi Ana Raffali pula memberi pendapat, apabila dia sedih atau kecewa, muzik memberikan ketenangan kepadanya selain lagu-lagu yang dapat membantu mengurangkan tekanan perasaan.

“Allah mengetahui kita yang terbaik,” kata Ana.

Selain itu pelakon Zoey Rahman, Jihan (Raja Lawak) dan deejay Era FM, Adi Fashla turut mendoakan kejayaan Shila selepas penyanyi itu memuat naik mesej yang antara lain mengatakan mengenai kehidupan barunya sekarang.

Deejay Hot FM iaitu Faizal Ismail juga turut berharap Shila tidak terlibat dengan aktiviti negatif selain dia perlu kuatkan semangat.

Sementara itu dalam entri terbaharu Twitter milik Shila, penyanyi itu bersyukur kerana Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya selama ini.

“Walaupun kita tidak boleh bersama-sama pada akhirnya, tetapi saya bersyukur anda pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya doakan terbaik untuk kejayaan anda,” kata Shila.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.

Pada 8 Februari lalu Shila memuat naik rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam YouTube selain dilaporkan hilang oleh bapanya, ND Lala.

Bagaimanapun Shila akhirnya muncul dalam persembahan bersama bintang Korea iaitu Psy di Pulau pinang pada Isnin lalu tetapi enggan memberi sebarang kenyataan.

Sharnaaz seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia pada Rabu pula bertekad untuk melupakan terus Shila dalam hidupnya selain kurang senang dengan sikap ND Lala yang tidak memberi ruang kepada kekasihnya itu untuk membuat keputusan dalam hidup.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Shila Tegaskan Tidak Mahu Dipinang

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain