suria

Anak-Anak Whitney Houston Bersikap Liar

Bobbi dan Whitney ketika menghadiri sebuah majlis bagi meraikan penerbit album, Clive Davis pada tahun 2012.
Bobbi dan Whitney ketika menghadiri sebuah majlis bagi meraikan penerbit album, Clive Davis pada tahun 2012.
Bobbi dan Whitney ketika menghadiri sebuah majlis bagi meraikan penerbit album, Clive Davis pada tahun 2012.

BANYAK pihak berpendapat mendiang Whitney Houston telah mewariskan sesuatu yang kurang baik kepada anak perempuan tunggalnya, Bobbi Kristina apabila gadis tersebut dilihat mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti mana mendiang ibunya dahulu.

The Sun melaporkan, Bobbi dan abang angkatnya, Nick Gordon dilihat menghisap rokok di khalayak selain dipercayai rokok itu mengandungi bahan terlarang.

Pasangan itu juga tidak segan silu menunjukkan kemesraan mereka sambil bercium dan berpelukan seperti pasangan kekasih.

Hubungan antara Bobbi dan Nick sememangnya menjadi bualan kerana lelaki itu telah dibesarkan oleh Whitney sejak kecil sebagai anak angkat.

Walaupun hubungan itu ditentang keluarga mereka kerana dianggap seperti abang dan adik tetapi mereka baru-baru ini mengumumkan telah mengikat tali pertunangan.

Bagaimanapun, pasangan itu mengakui telah memutuskan pertunangan itu dengan sebab-sebab tertentu.

Whitney setahun lalu telah ditemui mati di bilik hotelnya di Beverly Hills, Los Angeles dan telah mengejutkan dunia hiburan di seluruh dunia.

Kematian diva terkenal itu dikatakan berpunca daripada sikap penyanyi itu yang ketagihan minuman keras, ubat-ubatan terlarang dan dadah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain