suria

Terkena Jangkitan Virus, Keadaan Kak Pah Makin Stabil

Datuk Sharifah Aini
Datuk Sharifah Aini
Datuk Sharifah Aini

PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini, 58, atau Kak Pah yang dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara di sini, pada Isnin akibat jangkitan kuman pada paru-parunya, kini berada dalam keadaan stabil.

Menurut rakan baiknya, Khalilah Talha seperti dilaporkan akhbar Harian Metro pada Rabu, penyanyi itu semakin pulih namun masih tidak dibenarkan untuk menerima sebarang pelawat bagi mengelakkan keadaan bertambah serius.

"Kak Pah memaklumkan kepada saya dia sudah stabil. Berita itu sangat melegakan kerana kami risaukan keadaannya. Namun, saya sendiri belum melawatnya kerana keadaan kurang sihat. Bimbang pula demam saya berjangkit kepadanya nanti.

"Saya difahamkan Kak Pah mula tidak sihat selepas dia pulang daripada menjayakan persembahan Hari Ibu di Johor Bahru, Sabtu lalu. Bagaimanapun, pada keesokan harinya dia masih memberikan komitmen kepada program Mentor 6 kerana tanggungjawab sebagai juri tetap.

Menurutnya, Kak Pah diserang demam panas sehingga terpaksa dibawa ke hospital tersebut selepas program itu dan doktor mengesahkan penyanyi itu terkena jangkitan virus," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain