suria

Penyanyi 'Bee Gees' Beri Respons Ketika Koma

Robin Gibb
Robin Gibb
Robin Gibb

LONDON: Para doktor yang merawat penyanyi kumpulan legenda Bee Gees iaitu Robin Gibb mengakui terkejut dengan respons positif penyanyi yang berada dalam keadaan koma itu.

Robin, 62, dikatakan memberi tindak balas terhadap penyakit yang dialaminya walaupun sebelum ini para doktor meramalkan dia hanya akan hidup untuk beberapa hari sahaja.

Penyanyi yang menghidap kanser usus dan hati itu koma pada minggu lalu akibat pneumonia.

Sebelum ini, dia terpaksa ditempatkan di dalam ventilator selepas menghadapi masalah pernafasan.

Bagaimanapun, keajaiban yang ditunjukkannya pada malam Ahad memperlihatkan keadaan penyanyi itu beransur pulih dengan hanya menggunakan alat bantuan pernafasan.

Dia juga dikatakan sudah sedar sepenuhnya daripada koma dan mula berbual dengan ahli keluarga termasuk abangnya Barry, 65.

Para doktor berharap alat bantuan pernafasan itu dapat dialihkan sepenuhnya dalam masa terdekat bagi membolehkan Gibb menikmati makanan dan minuman semula.

Dr Andrew Thillainayam daripada Imperial College, di sini, berkata: “Ramalan mengenai keadaan penyanyi itu menunjukkan dia berada dalam keadaan yang nazak sebelum ini. Pada ketika itu, kami sudah menjangkakan dia tidak akan dapat bertahan.

“Namun, kekuatannya melawan penyakit itu adalah sesuatu yang berani, tegar dan menakjubkan.”

Sejak berada dalam koma, ahli keluarga penyanyi itu mengawasi Gibb secara rapi dan memainkan muzik kegemarannya bagi memberikan semangat.

Malah, Barry turut dikatakan menyanyi kepada adiknya itu.

Dr Thillainayagam memuji ketabahan isteri Gibb iaitu Dwina dan tiga anak pasangan itu Robin-John, Spencer dan Melissa yang tidak berputus asa dalam situasi genting itu.

Katanya: “Keadaannya masih tidak dapat dijangkakan tetapi ia satu penghormatan buat saya kerana berpeluang untuk melihat kekuatan seorang pesakit yang sudah nazak melawan penyakitnya.”

Penyanyi yang menghidap kanser usus dan hati itu jatuh koma pada minggu lalu akibat pneumonia.

Sebelum ini, dia terpaksa ditempatkan di dalam ventilator selepas menghadapi masalah pernafasan.

Bagaimanapun, keajaiban yang ditunjukkannya pada malam Ahad memperlihatkan keadaan penyanyi itu beransur pulih dengan hanya menggunakan alat bantuan pernaf

Artikel Berikut

Artikel Lain