Simon Cowel, Paula Abdul Diganggu Makhlus Halus - Hiburan | mStar

Simon Cowel, Paula Abdul Diganggu Makhlus Halus

JURI rancangan realiti X Factor, Simon Cowell dan Paula Abdul diganggu makhluk halus ketika menginap di sebuah hotel di Dallas, Amerika Syarikat.

Bukan sahaja kedua-dua juri ini, malah seorang peserta bernama Reid yang turut menginap di hotel berkenaan mendakwa mengalami gangguan itu.

"Reid tidak tahu bahawa hotel tersebut berhantu tetapi dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hotel tersebut.

"Selepas terkena gangguan dia melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak hotel dan daripada situlah dia mengetahui tempat penginapannya berhantu," ujar sumber seperti dipetik Splashnews.com.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila gangguan itu berlaku kepada kedua-dua juri X Factor yang juga berada di sana.

Disebabkan gangguan-gangguan yang diterima pada malam pertama itu kesemua mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke hotel lain.

"Paula terkena histeria kerana air di bilik mandinya terbuka dan tutup dengan sendiri, bagaimanapun Simon pula seperti teruja dengan gangguan itu.

"Dia memilih untuk terus tinggal di hotel berkenaan," ujar sumber tersebut.

Artikel Sebelum

Noh & Mizz Nina Selamat Diijabkabulkan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain