suria

Filem Bollywood Dilarang Tayang Di Pakistan

FILEM bollywood dilarang tayang di Pakistan pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Keputusan itu dibuat oleh Menteri Kebudayaan Pakistan Aftab Shah Jillani.

Langkah tersebut diambil kerana saat ini industri perfileman Pakistan sedang jatuh. Filem India dijangka akan melemahkan perkembangan filem di Pakistan. Aftab juga beranggapan kebanjiran filem bollywood menyebabkan tenggelamnya filem Pakistan selama 20 tahun ini.

Kebiasaannya pada setiap Hari Raya, filem bollywood sangat laris di pawagam Pakistan.

Namun begitu keputusan Aftab telah mendapat tentangan pihak Persatuan Perfileman Pakistan, Nadeem Mandviwala kerana larangan tersebut tidak akan mengubah perkembangan filem tempatan.

"Larangan ini tidak akan memberikan dorongan kepada industri filem Pakistan, yang tidak membuat filem yang lebih baik," kata Mandviwala menurut Hindustan Times, Ahad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain