suria

Peminat Teruja Raikan Kedatangan Aishwarya

Aishwarya Rai dan Rajnikanth (kiri) memeriahkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam Sabtu. - Foto AP
Aishwarya Rai dan Rajnikanth (kiri) memeriahkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam Sabtu. - Foto AP
Aishwarya Rai dan Rajnikanth (kiri) memeriahkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam Sabtu. - Foto AP

KUALA LUMPUR: Bintang Bollywood, Aishwarya Rai hadir pada majlis pelancaran audio filem Tamil paling mahal, Enthiran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

The Daily Chilli melaporkan, bintang terkenal India, Rajnikanth, komposer, A.R. Rahman dan barisan pelakon Enthiran termasuk Ravi Mohan, Simbhu dan Radha Ravi turut hadir.

Mereka hadir bagi mempromosikan filem berkenaan di Malaysia.

Kehadiran mereka menceriakan lebih 1,000 peminat yang telah membanjiri PICC seawal pukul 5 bagi menantikan kedatangan selebriti pujaan mereka.

Mereka bersorak-sorai dan memberikan tepukan gemuruh kepada artis-artis Bollywood yang hadir pada malam itu.

Persembahan dalam majlis tersebut menggambarkan kepelbagaian bangsa Malaysia dengan alunan muzik serta tarian tradisional orang Melayu, Cina, India serta etnik Sabah dan Sarawak.

Majlis itu disiarkan secara langsung di saluran Astro Vaanavil (Saluran 201) dan HD Channel 222.

Mereka yang tidak memiliki tiket memasuki dewan PICC bagaimanapun menyaksikan siaran langsung melalui skrin besar yang disiarkan oleh Astro.

Terdahulu, ketika Aishwarya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam, dia kelihatan susah hati kerana gagal mendapatkan beg putih kegemarannya.

Beg tersebut dipercayai mengandungi alat-alat soleknya. Bagaimanapun, pengawal peribadi yang menjaga beg itu menyerahkan kepadanya dua jam kemudian.

Aishwarya yang merupakan bekas Ratu Cantik Dunia nampak anggun dengan busana hitam apabila tampil dari ruang menunggu VIP.

Dia juga melemparkan senyuman manis kepada warga media apabila beredar meninggalkan majlis itu ke sebuah kereta Mercedes-Benz hitam yang menantinya.

Artikel Lain