suria

ntv7 Perkenal Rancangan Baru Drive

Dari kiri: Pengacara DRiVE, Nont Wathanasin; Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul dan Pengarah Perniagaan Runcit Esso, Faridah Ali.
Dari kiri: Pengacara DRiVE, Nont Wathanasin; Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul dan Pengarah Perniagaan Runcit Esso, Faridah Ali.
Dari kiri: Pengacara DRiVE, Nont Wathanasin; Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul dan Pengarah Perniagaan Runcit Esso, Faridah Ali.

STESEN televisyen ntv7 dengan tajaan Esso serta Mobil memperkenalkan rancangan pertunjukan kereta iaitu DRiVE.

Rancangan itu menawarkan format persembahan yang segar, menghiburkan serta mudah diikuti untuk para peminat kenderaan.

Setiap episod memuatkan tip pemanduan selamat serta penjimatan petrol.

Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul berkata, rancangan itu mempunyai format yang padat serta menghiburkan seperti ulasan menarik tentang 38 kenderaan, segmen selebriti berkongsi pemanduan dan segmen pertandingan melibatkan pemandu.

"Antara selebriti yang berkongsi pemanduan mereka terdiri daripada Joanna Bessey, Jaclyn Victor, Dr Faiz Khaleed dan Adam Carruthers.

"Sudah pastinya ia menarik minat penonton pelbagai lapisan masyarakat," katanya pada majlis pelancaran DRiVE di Restoran Delicious di sini, Selasa.

Hadir sama, Pengarah Perniagaan Runcit Esso, Faridah Ali.

Hos rancangan itu ialah Nont Wathanasin yang juga seorang deejay dan peminat kenderaan.

Rancangan DRiVE secara amnya, memberi fokus kepada maklumat prestasi, penyelenggaraan serta penjimatan petrol sesebuah kenderaan.

Airin berkata, setiap episod akan menampilkan sejenis kenderaan seperti jenis sedan kompak, hibrid, super mini, kenderaan serba guna (MPV), hatchback, kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz mini dan lain-lain.

"Rancangan ini tidak memfokus kepada kenderaan berprestasi tinggi tetapi kenderaan yang digunakan oleh orang ramai setiap hari," katanya.

Tambahnya, setiap episod akan mengetengahkan sekurang-kurangnya tiga kenderaan.

Rancangan televisyen sebanyak 10 episod itu akan ke udara di saluran NTV7 pada setiap Khamis, pukul 8.30 malam bermula 29 Julai ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my .

Artikel Berikut

Artikel Lain