suria

Pengurus Nafi KD Berjumpa Kekasih Di Singapura

PENYANYI Indonesia Krisdayanti atau KD dan sang kekasih dikhabarkan berjumpa di Singapura kelmarin. Namun pengurus peribadinya, Elsie Lontoh menafikan dakwaan tersebut.

Ketika dihubungi detikhot kelmarin, Elsie mengaku dia dan KD memang berada di Singapura pada hari itu. Tujuan mereka ke sana bukan untuk bertemu dengan kekasih KD sebaliknya mempunyai urusan penting.

”Yanti pergi ke Singapura bersama saya kerana mempunyai perkara penting,” ujar Elsie.

Namun Elsie enggan untuk memberitahu atas alasan apa bekas isteri penyanyi dan komposer Anang itu ke Singapura. Menurutnya, KD hanya menghabiskan masa sekejap sahaja di sana.

“Waktu pagi kami sampai dan malam itu juga kami pulang,” katanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain