Din Sempat Melawak Tentang Kematiannya - Hiburan | mStar

Din Sempat Melawak Tentang Kematiannya

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Legong, Taman Ehsan, Kepong, pagi tadi. Foto BERNAMA
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Legong, Taman Ehsan, Kepong, pagi tadi. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau dikenali sebagai Din Beramboi , 44, kerap membuat lawak tentang kematiannya sejak dimasukkan ke hospital Isnin lalu.

Abang Ipar kepada Din, Sharifuddin Che Man, 43, memberitahu arwah sempat melawak tentang kematiannya beberapa kali ketika berada di hospital.

"Banyak pesanan yang disampaikan arwah dalam lawak jenakanya ketika dia sampai di hospital. Dia memberitahu saya bahawa kawan-kawannya akan datang ke hospital melawatnya selepas dia meninggal.

"Banyak kali dia cakap ayat yang sama, dengan kakitangan hospital yang ingin bergambar dengannya juga dia melawak agar tunggu masa kematiannya untuk bergambar dengan rakan-rakan artis yang lain.

"Namun sukar untuk pastikan sama ada dia buang tabiat atau melawak sebab dia memang begitu," katanya yang masih dalam keadaan terkejut.

Din meninggalkan isteri bernama Suhaini Che Man dan tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Shafiq, 12, Nir Aina Syuhada,6.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle, Farid Kamil, Sharifah Shahirah, Zul Yahya dan ramai lagi.

Terdahulu, Din Beramboi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam tadi di Hospital Selayang di sini selepas dimasukkan ke ICU kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang kelmarin.

Artikel Sebelum

Din Beramboi Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu