suria

Arjun Rampal Cedera Semasa Penggambaran

PELAKON terkenal Bollywood, Arjun Rampal mengalami kecederaan di bahagian lutut semasa penggambaran lagu untuk filem arahan Karan Johar, Yet-To-Be.

Filem tersebut diadaptasi daripada drama komedi Chris Columbus pada tahun 1998 yang bertajuk Stepmom.

"... Filem Stepmom mempunyai lagu yang menarik. Semasa melakukan aksi meluncur di atas lantai menyebabkan lutut saya menjadi lebam akibat pergeseran itu. Saya tidak suka mengalami kecederaan kerana akan menggangu tugasan seharian saya," katanya dalam laman sosial twitter.

Arjun bersama Kareena dan Kajol semasa menjalani penggambaran lagu untuk filem tersebut yang diarahkan oleh Siddharth Malhotra.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain