Jennifer Lopez Mengaku Tidak Mampu Jadi Ibu Tunggal - Hiburan | mStar

Jennifer Lopez Mengaku Tidak Mampu Jadi Ibu Tunggal

JENNIFER Lopez percaya beliau tidak akan mampu hidup sebagai seorang ibu tunggal kerana selama ini terlalu bergantung kepada suaminya Marc Anthony.

Pasangan Lopez dan Marc Anthony mempunyai anak kembar Max dan Emme pada tahun 2008 dan Lopez selepas membintangi filem The Back-Up Plan yang mengisahkan seorang wanita yang menjalani permandian hadas secara tabung uji - membuat keputusan yang dia sama sekali tidak akan melalui proses penyuburan vitro untuk memperolehi anak lagi.

Dan Lopez berkata, dia sangat mengkagumi wanita yang melalui proses mendapatkan anak tanpa pasangan dan kemudiannya menjadi ibu tunggal untuk membesarkan anak mereka seorang diri.

"Saya mengenali beberapa pasangan kesemuanya mereka yang pernah saya bekerja bersama dan juga dari kalangan kawan-kawan saya yang telah pun melalui proses ini. Dan secara jujur saya sendiri tidak pasti sama ada saya akan dapat melaluinya jika saya juga melakukan seperti mereka.

"Tapi sekarang saya tahu betapa saya selama ini sangat bergantung kepada suami saya," ujarnya.

"Mengetahui bagaimana seorang ibu tunggal itu dapat melakukannya, saya berpendapat adalah sesuatu yang menakjubkan bagaimana mereka dapat melakukannya," kata Lopez.

Artikel Sebelum

Dian Bertunang Secara Tertutup?

Artikel Berikut

Jimmy Bakal Kelola 'Walimatulurus'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber