Russell Brand dikatakan bakal melamar kekasihnya, Katy Perry tidak lama lagi - foto APPELAWAK terkenal, Russell Brand dikatakan bakal melamar kekasihnya, Katy Perry tidak lama lagi.Brand dilaporkan telah mencari cincin yang mewah di butik barangan kemas terkemuka di London, Cartier pada 11 Disember lalu. "Wajahnya berseri-seri apabila melihat sebentuk cincin yang menarik perhatiannya. Dia merenung lama cincin itu," kata satu sumber seperti yang dilaporkan di dalam sebuah laman web.Awal minggu lalu, Brand akui perkahwinan adalah satu idea yang menarik. Malah, Brand juga dikatakan sudah menjadi lelaki yang matang sejak bertemu penyanyi wanita popular itu."Dia (Perry) adalah orangnya. Dia seorang yang kelakar dan hebat. Kami sentiasa seronok apabila bersama," kata Brand.