"Apabila saya pulang ke rumah, ibu terus menyuruh saya macam-macam seperti basuh pinggan dan kemaskan tempat makan." - Gerard Butler. - foto APPELAKON popular Gerard Butler mengatakan ibunya tidak melayan dirinya sebagai bintang filem sebaliknya selalu menyuruhnya membersihkan lantai rumah.Gerard sering melawat rumah ibu bapanya di Glasgow, Scotland. "Apabila saya pulang ke rumah, ibu terus menyuruh saya macam-macam seperti basuh pinggan dan kemaskan tempat makan."Saya pun memberitahu kepadanya, saya adalah bintang Hollywood, mana boleh saya lakukan perkara seperti ini, ia memalukan," kata Gerard dengan nada berseloroh."Tapi akhirnya saya terpaksa juga mengelap lantai," katanya lagi.