suria

Jennifer Lopez takut berada dalam bilik gelap

Suami Jennifer Lopez, Marc Anthony terpaksa menunggu isterinya tidur terlebih dahulu sebelum memadamkan lampu. foto-AP

PENYANYI dan Pelakon Jennifer Lopez takut berada dalam kegelapan dan suaminya, Marc Anthony terpaksa menunggu sehingga dia terlelap terlebih dahulu sebulum mematikan suis lampu.

"Saya suka suasana yang tenang dan sunyi tetapi saya takut kepada kegelapan," lapor sebuah laman web yang memetik kenyataan beliau.

"Saya tidak boleh tidur dalam bilik yang gelap.

"Mark kadangkala terpaksa tunggu saya tidur sebelum memadamkan lampu," katanya lagi.

Kedua-dua pasangan itu berkahwin pada 5 Jun 2004.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain