suria

Rihanna terkejut video Chris Brown meminta maaf

Penyanyi Rihanna bergambar ketika tiba untuk tayangan perdana filem arahan terbaru Quentin Tarantino 'Inglourious Basterds' di London Centrel Cinema. foto-AP

PENYANYI Barbados, Rihanna dikatakan terkejut apabila mendapati bekas kekasihnya Chris Brown mengeluarkan satu video yang menyatakan dia meminta maaf dengan insiden pergaduhan yang berlaku diantara mereka pada awal Februari tahun ini.

Sebelum ini Chris Brown, 20, mengaku bersalah terhadap dakwaan mencederakan Rihanna dan dia dijatuhkan hukuman 5 tahun dibawah pengawasan dan kerja amal.

Dia tidak mendedahkan apa yang menyebabkan insiden itu berlaku atas nasihat peguamnya tetapi dia menyatakan penyesalanya dalam video itu yang disiarkan oleh sebuah laman web.

Tetapi bagi Rihanna video terbaru itu membuatkan keadaan menjadi lebih rumit.

"Rihanna memang terkejut. Ia seolah-olah masalah datang bertimpa-timpa terhadapnya," menurut sebuah akhbar yang memetik kenyataan sumber.

"Dia tidak mahu perkara itu diungkit lagi, dia mahu melupakan perkara itu dan menumpukan pada kariernya.

"Chris tidak berfikir panjang sebelum membuat tindakan itu," kata sumber itu.

Artikel Lain