suria

Michael sebenarnya sangat suka melukis

Pelukis Perancis Jean-Baptiste Seckler mengukir patung Michael Jackson di hadapan Notre-Dame cathedral di Paris. Dia mahu berkongsi hasil seninya dengan peminat-peminat Raja Pop itu. foto-AFP

MICHAEL Jackson suka melakar dirinya sebagai seorang kanak-kanak, dedah pakar bedah plastik dan kawan Michael, Dr. Steve Hoefflin.

Semua lakaran raja pop itu seperti potrait dirinya semasa kecil dan gambar sarung tangan yang dipakainya, telah diberikan kepada Steve pada tahun 1985.

Steve Hoefflin, 63, kini bercadang untuk menghasilkan sebuah buku mengenai lukisan Michael itu.

"Satu perkara yang masih lagi ramai tidak tahu ialah Michael sebenarnya sangat suka melukis," lapor sebuah akhbar yang memetik kenyataan Steve.

"Apabila kami tinggal bersama, saya dan Michael banyak menghabiskan masa dengan melukis bersama-sama.

"Dia selalu melukis gambarnya sebagai seorang kanak-kanak," tambah Steve.

Artikel Lain