suria

'Pergaduhan' antara Arjun dan Farhan hanya satu salah faham

Farhan Akhtar mendapat anugerah 'Best Male Debutant' menerusi filem 'Rock on' dalam 10th International Indian Film Academy (IIFA). -foto AFP

SEMUA pergaduhan yang 'dicetuskan' oleh pihak media antara aktor kacak Arjun Rampal dan Farhan Akhtar hanyalah satu salah faham.

Ini dijelaskan dengan panjang lebar oleh Arjun baru-baru ini.

Arjun yang jelas tidak senang dengan cara pihak media melaga-lagakan dirinya dengan Farhan untuk promosi filem 'Rock On' telah membuat kenyataan akhbar melempias media baru-baru ini.

Kononnya Arjun tidak suka cara pelakon/penerbit Farhan mengaut semua publisiti untuk dirinya. Tapi Arjun menafikan semua ini sebagai karut.

"Saya mahupun Farhan tidak pernah terfikir untuk mencari publisiti murahan. Apa yang ditulis dalam media itu hanya karut belaka," kata Arjun.

Tambah Arjun lagi, "Lagipun perkara ini tidak timbul kerana Farhan adalah produser. Tentulah dia yang lebih kerap keluar dalam media kerana publisiti perlu untuk promosikan filem baru."

Bagi Arjun, sifat profesionalisma yang ditunjukkan oleh Farhan amat disanjunginya.

"Ini bukan kali pertama saya bekerja dengannya. Saya pernah bersamanya untuk filem Don dan saya tahu macam mana dia bekerja," kata Arjun.

Arjun yang kini sibuk dengan filem 'I see You' di bawah produksinya berkata beliau terpaksa memberi tumpuan lebih kepada bidang lakonannya kerana di situlah cinta pertamanya.

Artikel Lain