Liam Neeson bakal membintangi filem The A-Team - Hiburan | mStar

Liam Neeson bakal membintangi filem The A-Team

LIAM Neeson bakal membintangi filem siri adaptasi aksi lasak The A-Team.

Bintang The Schindler's List dikhabarkan sedang berbincang untuk memegang watak John "Hannibal" Smith.

Menurut laporan media, aktor itu mungkin berkongsi skrin dengan Bradley Cooper, yang sedang berunding untuk mendapatkan watak Templeton "Faceman" Peck.

Filem itu dijangka dikeluarkan pada Jun 2010. Kerja-kerja penggambaran filem pula dijadualkan bermula pada Ogos ini.

Tony dan Ridley Scott merupakan pengarah projek filem tersebut.

Ia menceritakan sekumpulan anggota pasukan khas tentera Amerika Syarikat yang melarikan diri ekoran didakwa melakukan jenayah yang tidak pernah dilakukan mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maizawati terkilan ditipu...

Artikel Berkaitan