suria

Principal sanggup tembak orang gaji kerana seekor anjing

Victoria Principal
Victoria Principal
Victoria Principal

HANYA disebabkan seekor anjing, nyawa orang gaji aktres veteran Victoria Principal hampir melayang.

Principal telah mengacu pistol ke arah orang gajinya Maribel Banegas apabila pembantunya itu mengambil masa yang lama membawa anjingnya balik ke rumah.

Selepas insiden itu, Banegas telah bertindak menyaman bintang TV Dallas berusia 59 tahun itu setelah tidak tahan melayan kerenahnya.

Menurut laporan, Principal amat marah dengan Banegas kerana mengambil masa yang lama bersiar-siar dengan anjingnya.

Banegas pula berkata, ia tidak disengajakan kerana anjing jenis Shih Tzu bernama Mei-Ling itu ingin hendak membuang hajat.

Sekembalinya Banegas ke rumah, Principal memarahinya dan terus memecatnya.

Apabila Banegas meminta gajinya, Principal telah bergegas ke kamarnya dan mencapai sepucuk pistol lantas mengacu ke arah Banegas.

Bimbang akan keselamatan dirinya, Banegas melarikan diri ke sebuah bilik, mengunci dirinya dan menghubungi talian kecemasan 911.

Principal pula berterusan menjerit-jerit mengugut Banegas dari luar bilik.

Tidak lama kemudian, polis pun sampai di kediaman Principal di Malibu.

Principal cukup popular pada tahun 1978 dan 1987 satu waktu dulu kerana watak Pam Ewing yang dibawanya dalam drama TV Dallas.

Banegas membuat beberapa tuntutan, antara lain kecelaruan emosi kerana terpaksa melalui saat sukar ketika kejadian itu berlaku.

Artikel Lain