suria

Kemasyhuran 'Slumdog Millionaire' membuat Freida berpindah ke NY

Pelakon kelahiran Mumbai Freida Pinto bercadang untuk berpindah ke New York.
Pelakon kelahiran Mumbai Freida Pinto bercadang untuk berpindah ke New York.
Pelakon kelahiran Mumbai Freida Pinto bercadang untuk berpindah ke New York.

GARA-GARA kemasyhuran filem 'Slumdog Millionaire' yang dibintanginya, juga publisiti yang diperolehi dengan sekelip mata dari serata dunia, pelakon kelahiran Mumbai Freida Pinto bercadang untuk berpindah ke New York.

Selepas mengikuti promosi filem itu dan memenangi beberapa anugerah melalui 'Slumdog Millionaire', Freida terdedah dengan kehidupan di bandar New York dan ternyata pendedahan ini amat dialu-alukan sehingga dia sanggup berpindah ke sana.

Menurut Freida, kehidupan di New York sama seperti tempat tinggalnya di Mumbai.

Pada mulanya, Freida merindui halamannya di Mumbai tetapi setelah mengikuti promosi di beberapa bandar utama dunia, gadis ini semakin menyukai suasana di New York.

Dan kerana terlalu kerap terbang ke Los Angeles dan New York, gadis berusia 24 tahun ini mengakui bahawa bandar Manhattan juga terasa seperti rumah keduanya di mana dia boleh berehat dan menenangkan fikiran.

"Ada sesuatu tentang New York yang membuat saya rasa seolah-olah seperti berada di Mumbai. Cuma bandar Mumbai tidak begitu teratur dan tidak 'cool' seperti New York.

"Ramai yang bertanya kenapa tidak L.A. Masalahnya saya tidak mahu terlalu rindu kepada kampung halaman. New York seperti rumah saya."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain