suria

Cruise dan Denzel jadi 'musuh ketat' dalam 'The Matarese Circle'

"The Matarese Circle" adalah filem MGM dan kombinasi lakonan Cruise, Washington dan Cronenberg akan menjadi filem ini sesuatu yang dinanti-nantikan.
"The Matarese Circle" adalah filem MGM dan kombinasi lakonan Cruise, Washington dan Cronenberg akan menjadi filem ini sesuatu yang dinanti-nantikan.

PELAKON Tom Cruise akan bergandingan dengan Denzel Washington dalam sebuah filem arahan David Cronenberg, adaptasi dari thriller Robert Ludlum 'The Matarese Circle.'

Cruise dan Washington membawa watak dua orang yang bermusuhan yang setelah menghabiskan dua dekad cuba membunuh satu sama lain.

Namun pada satu hari mereka terpaksa berpadu tenaga membentaras Matarese, kumpulan yang kuat dan penuh dengan konspirasi.

Skrip filem ini dibuat oleh Michael Brandt dan Derek Haas dan akan diterbitkan oleh Lorenzo di Bonaventura dan Nick Wechsler dengan dibantu oleh syarikat baru Captive Entertainment, kepunyaan Jeffrey Weiner dan Ben Smith Captivate Entertainment sementara Henry Morrison akan jadi produser eksekutif.

"The Matarese Circle" adalah filem MGM dan kombinasi lakonan Cruise, Washington dan Cronenberg akan menjadi filem ini sesuatu yang dinanti-nantikan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aditya: Kecelaruan hala tuju!

Artikel Lain