suria

Cinta lokasi pelakon 'Mamma Mia' menjadi realiti

Gosip tentang kisah cinta mereka hebat diperkatakan apabila Cooper, 30, dan Seyfried, 23, mula dilihat seperti belangkas ketika makan di sebuah restoran di Bath.

PADA mulanya ia hanyalah satu cinta lokasi biasa. Namun perasaan cinta dua pelakon filem 'Mamma Mia' berlanjutan setelah selesai pengambaran dan menjadi babak cinta realiti pula.

Begitulah kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh pelakon filem 'Mamma Mia' Dominic Cooper dan Amanda Seyfried, yang menjadi pasangan kekasih di dalam filem muzikal 'Mamma Mia!'.

Kisah cinta yang terjalin di layar perak untuk filem itu akhirnya menjadi sungguhan bila kedua mereka meninggalkan pasangan masing-masing.

Pasangan yang melakonkan watak Sky dan Sophie dalam filem hit itu, rupanya benar-benar di lamun cinta di set pengambaran filem di Greece.

Gosip tentang kisah cinta mereka hebat diperkatakan apabila Cooper, 30, dan Seyfried, 23, mula dilihat seperti belangkas ketika makan di sebuah restoran di Bath.

Dan kini, pasangan mereka, Joanna Carolan, 30, yang juga kekasih Cooper selama 13 tahun telah melahirkan rasa hatinya yang luka di sebuah majalah baru-baru ini.

"Saya telah banyak menangis dan saya sudah mulai sedar bahawa segala impian saya selama ini tidak akan berlaku," jelas Joanna.

"Kehidupan dan kejayaan boleh mengubah seseorang. Anda perlu membuat keputusan samada boleh meneruskan kehidupan sebegitu atau tidak,"

Carolan juga membuat pengakuan bahawa setelah selesai pengambaran filem 'Mamma Mia' Cooper telah kembali ke pangkuannya. Dan beliau sangka segala hubungan yang pernah terjalin dengan Amanda "sudah berakhir."

"Saya fikir hubungannya dengan Amanda sudah tiada apa-apa. Dia kata sudah berakhir tapi kawan-kawannya berkata belum...."

"Saya terpaksa melepaskannya. Saya sudah tidak sayangkannya lagi. Macam mana saya boleh sayang seorang lelaki yang sanggup lakukan ini kepada saya," kata Carolan.

Penyanyi berkumpulan Abba telah menginsiprasikan filem 'Mamma Mia!', yang dibintangi Meryl Streep, Colin Firth dan Pierce Brosnan. Filem ini merupakan filem terhebat tahun 2008, dan merupakan DVD terlaris sepanjang tahun lepas.

Perhubungan dua tahun Seyfried dengan pemuzik dan pelakon Jesse Marchant juga menyaksikan kesudahan yang serupa. Ramai beranggapan ianya disebabkan oleh Cooper dan kisah cintanya.

"Jesse seorang yang pendiam dan tidak suka kehidupan selebriti yang sedang saya lalui kini. Saya tidak mahu dia berasa sedih atau serba salah. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengakhirkan perhubungan kami," jelas Seyfried.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain