suria

Filem 'Chadni Chowk To China' diharamkan di Nepal

Aktres Deepika Padukone dan aktor Akshay Kuamr di tengah kemelut kontroversi filem 'Chadni Chowk To China'
Aktres Deepika Padukone dan aktor Akshay Kuamr di tengah kemelut kontroversi filem 'Chadni Chowk To China'
Aktres Deepika Padukone dan aktor Akshay Kuamr di tengah kemelut kontroversi filem 'Chadni Chowk To China'

SEMAKIN banyak bantahan terbuka berlaku di bahu-bahu jalan Kathmandu melahirkan sentimen tidak puas hati terhadap filem aksi komedi romantik 'Chandni Chowk to China' yang telah pun diharamkan di Nepal.

Semua pawagam di Kathmandu dari Jai Nepal, Kumari, Gopi Krishna, Barahi, Guna dan Ashta Narayan, cepat-cepat membuang filem yang dibintangi Akshay Kumar-Deepika Padukone di layar perak dan menayangkan filem Bollywood terbaru "Ghajini" atau menunggu saja filem terbaru seperti "Raaz" yang kini menunggu giliran untuk ditayangkan.

Keputusan untuk mengharamkan filem 'Chadni Chowk To China' mengakibatkan produser dan pengedar filem ini kehilangan jutaan ringgit. Yang membangkitkan api kemarahan rakyat Nepal ialah fakta di dalam filem itu yang mengatakan Buddha, ikon agama penting di Nepal, dilahirkan di India.

"Buddha dilahirkan di Nepal. Belajarlah menghormati identiti dan maruah Nepal," laung sekumpulan pelajar di fakulti kejuruteraan di daerah Lainchaur di Kedutaan India yang membuat demonstrasi terbuka melahirkan protes terhadap filem ini.

"Api kemarahan dan masalah ini timbul disebabkan naratif filem ini, "ujar pengarah filem Nepal K.P. Pathak, yang mengepalai Persatuan Pengarah Filem-filem Nepal yang turut mengesyorkan pemboikotan perlu dilakukan terhadap semua filem luar yang memberi mesej salah.

"Lima minit setelah pembukaan filem ini, naratifnya memperkenalkan hero sebagai seseorang yang lahir di India, tempat kelahiran Buddha," jelas Pathak.

Fakta sejarah jelas menunjukkan Buddha atau Putera Siddharth dilahirkan di Lumbini, selatan Nepal pada 623 BC. Ribuan pelawat asing menziarah tempat ini saban tahun.

Filem yang diedarkan pada Jumaat lepas telahpun ditayangkan di hadapan Lembaga Penapisan Filem Nepal yang mana tutut membantah dialog yang diucapkan. Namun dialog ini telah dipadam oleh pengedar.

Walaupun telah dipadam, perkara yang sebenarnya telah tersebar dengan meluas sehingga menimbulkan ketidakpuasanhati dan pengharaman terus dibuat ke atas filem ini. Ramai pelajar sampai mengoyak poster yang dipamerkan.

"Bukan saja di pawagam Kathmandu saja tapi filem ini telah diharamkan tayangannya di mana-mana tempat di Nepal juga, " kata pengusaha pawagam Gopi Krishna.

Walaupun dialog yang sensitif itu telah dipadam untuk tayangan di Nepal, semua VCD dan DVD masih memuatkan dialog ini.

Kontroversi ini turut mengheret permusuhan antara India dan Nepal.

Ramai tidak menyangka filem yang dibuat di bawah banner Warner Bros akan ada kesilapan besar begitu.

"Chandni Chowk to China", adalah filem pertama Bollywood yang dibuat pengambaran di China dan diarahkan oleh Nikhil Advani dan diterbitkan secara usahasama Sippy Films dan Warner Brothers.

Artikel Lain